06 April 2014

MH370 - Malaysia akan lantik 'Ketua Penyiasat' bebas

Sabtu, 5 April 2014:

Ringkasan Sidang Akhbar oleh Hishamuddin Hussein

-       Malaysia akan terus mengetuai usaha SAR dan juga akan melantik 'Ketua Penyiasat' bebas untuk memimpin sebuah pasukan siasatan, seperti peruntukan ICAO.


-       Pasukan siasatan terdiri daripada kumpulan berkelayakan dalam penerbangan, sebuah kumpulan operasi dan satu kumpulan faktor perubatan dan manusia.

-       Pasukan siasatan termasuk negara-negara yang diiktiraf. Australia telah menerima jawatan itu. China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis akan dipelawa, bersama-sama dengan negara-negara lain.

-       3 jawatankuasa peringkat menteri telah dibentuk - Seterusnya Jawatankuasa Waris diketuai oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Jawatankuasa Teknikal diketuai oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, dan Jawatankuasa Aturgerak Aset diketuai oleh Timbalan Menteri Pertahanan.

-       Menteri-menteri Pertahanan ASEAN mengeluarkan satu kenyataan bersama , mengisytiharkan perpaduan mereka ke atas usaha-usaha SAR bagi MH370 dan berikrar bekerjasama dalam pengurusan bencana.

-       Kapal selam nuklear Bristish , HMS Tireless, telah dikerahkan kekawasan carian.