04 April 2014

Sepotong tembikai sehari boleh turunkan tekanan darah tinggi

New York, 4 April 2014 (IANS) - Jangan ketinggalan untuk makan sepotong tembikai setiap hari apabila penyelidikan baru telah mendapati bahawa tembikai boleh mengurangkan tekanan darah dengan ketara pada individu yang berlebihan berat badan sama ada dalam keadaan rehat dan semasa di bawah tekanan.

"Tekanan ke atas aorta (arteri terbesar dalam tubuh manusia) dan pada jantung berkurangan selepas memakan ekstrak tembikai," kata Arturo Figueroa, seorang profesor di Universiti Florida.

Kajian ini memberi tumpuan kepada 13 orang, iaitu lelaki dan wanita pertengahan umur yang gemuk serta mengalami tekanan darah tinggi.

Kajian ini bermula dengan satu konsep yang mudah. Lebih ramai orang mati kerana serangan jantung pada cuaca sejuk kerana tekanan daripada suhu sejuk yang menyebabkan tekanan darah meningkat dan jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke dalam aorta.

Untuk mensimulasikan keadaan cuaca sejuk, satu tangan subjek telah dicelup ke dalam air bersuhu 39 oF  (4 oC) manakala pasukan pengkaji telah mengambil tekanan darah dan ukuran penting yang lain.

Sementara itu, kumpulan itu telah dibahagikan kepada dua.

Untuk enam minggu pertama, satu kumpulan diberikan empat gram asid amino L-citrulline dan dua gram L-arginina sehari, kedua-dua daripada ekstrak tembikai.

Kumpulan yang satu lagi telah diberikan plasebo selama enam minggu.

Para peserta juga terpaksa menahan diri dari mengambil sebarang ubat untuk tekanan darah atau membuat apa-apa perubahan ketara dalam gaya hidup mereka, terutama yang berkaitan dengan diet dan senaman.

Hasil kajian menunjukkan bahawa memakan tembikai mempunyai kesan positif ke atas tekanan darah aortic dan parameter vaskular lain.

Hasil yang ketara ialah, peserta kajian menunjukkan penurunan dalam tekanan darah dan tekanan jantung dalam kedua-dua keadaan, sama ada berehat dan ketika terdedah kepada air sejuk.

"Ini bermakna beban kurang ke jantung, jadi jantung akan bekerja dengan mudah semasa keadaan tertekan seperti pendedahan kepada cuaca sejuk," kata Figueroa dalam kertas yang diterbitkan dalam American Journal of Hypertension.

Sumber: Yahoo News