09 April 2014

Kapal Angkasa Rahsia – Misi Misteri

Kapal angkasa rahsia Tentera Udara AS telah berada di orbit dengan rekod hampir 500 hari -a ketahanan ruang. Tetapi hampir setahun setengah melaksanakan misi itu, Pentagon masih tidak akan mengatakan apa yang X- 37B lakukan di sana, atau bila ia mungkin kembali ke bumi.

Tentera Udara AS melancarkan kapal angkasa tanpa pemandu X-37B di atas roket Atlas-5 pada Disember 2012. Sejak itu, ia mengorbit bumi beribu-ribu kali, terbang melintasi mana tempat-tempat yang menarik seperti Korea Utara dan Iran.

Penampilannya sama seperti Space Shuttle, tetapi X-37B agak kecil, iaitu kira-kira satu perempat saiz Space Shuttle lama dan terdapat perbezaan yang besar. Kapal angkasa itu tidak mempunyai anak kapal dan tidak mempunyai tingkap kokpit. X-37B mempunyai ruang muatan kira-kira bersaiz sebesar lantai trak pikap.

Ketika Space Shuttle asal boleh tinggal di orbit sehingga 17 hari, sebahagian besarnya disebabkan oleh keperluan krew, misi X-37B yang pertama, OTV -1, menghabiskan 225 hari dalam ruang angkasa, di kawal dari pusat kawalan penerbangan angkasa, di Pangkalan Tentera Udara, Schriever Colorado. Misi kedua, OTV-2, dua kali lebih ringan, mencatatkan 469 hari di orbit. OTV-3 kini berada selama 482 hari dan masih dalam misi.

Tiada siapa yang tahu bila pesawat itu akan kembali ke Bumi sebagaimana Shuttle Space yang mendarat di landasan Tentera Udara di California.

Tentera Udara AS tidak akan mengulas mengenai apa jenis misi X-37B. Perkhidmatan itu, yang tidak keberatan bercakap tentang pencapaian teknologi pesawat tersebut, tetapi enggan mendedahkan butirannya apabila membincangkan misi sebenar.

Banyak Khabar angin tersebar. Salah satu yang paling popular ialah X-37B boleh menyelinap dan menjatuhkan satelit lain. Tetapi idea ini dipertikaikan kerana Amerika Syarikat telah mempunyai satelit lain yang lebih kecil dan sukar dikesan untuk menjalankan misi tersebut.

Satu lagi khabar angin adalah bahawa X-37B boleh, seperti kulit kerang gergasi boleh menyangga satelit negara-negara lain sehingga keadaan kucar-kacir. Walaupun secara teori ianya mungkin, X-37 perlu dilancarkan ke orbit yang serupa dengan sasaran tersebut, dan saiz X-37B yang agak besar menjadikannya mudah untuk dikesan. X-37B mudah dikesan walaupun oleh pengesan satelit amatur, dan ia akan menjadi ketara kepada negara-negara lain sekiranya satelit mereka dicuri.

Teori yang paling menarik, tetapi dengan kemungkinan yang agak rendah adalah, khabar angin bahawa X-37B adalah sejenis pengebom orbit, mampu menembak sasaran dari atas. Tidak ada banyak bukti untuk menyokong teori tersebut sehingga kini.

Brian Weeden, bekas pegawai Tentera Udara dengan Space Command’s Joint Space Operations Center dan kini di Secure World Foundation, percaya bahawa X-37B adalah pentas ujian untuk teknologi baru. "Saya rasa tujuan utamanya adalah pentas untuk ISR (Perisikan, Pengawasan dan Peninjauan) bagi menguji teknologi sensor baru atau mengesahkan teknologi baru," Weeden memberitahu The Daily Beast.

X- 37B mungkin menguji teknologi yang mungkin dimasukkan ke dalam satelit pengintip di masa hadapan. Kamera baru, radar dan sensor lain boleh diuji di angkasa dan seterusnya kembali ke bumi untuk kajian. Itu lebih baik daripada merekabentuk mereka di Bumi dan kemudian membina satelit pengintip yang sangat mahal dan berharap kepada teknologi yang belum diuji.

Itu tidak bermakna bahawa OTV-3 tidak mengintip negara lain, ianya mungkin ada. Orbit OTV-3 melalui pelbagai tempat-tempat menarik, termasuk Korea Utara, Iran, Pakistan, Afghanistan dan China. Kapal angkasa tersebut mungkin juga boleh mendapatkan sasaran dunia sebenar, dari kemudahan peluru berpandu Korea Utara hingga ke limbungan di mana kapal induk China seterusnya sedang dibina.

Dan walaupun ramai yang hanya meneka, seseorang boleh menduga bahawa, berdasarkan jumlah masa X-37B berada di orbit, kapal angkasa tersebut nampaknya bekerja dengan baik.