21 March 2014

Serpihan misteri berhampiran Australia kelihatan seperti sayap MH370

Kebanyakan Boeing 777 yang terhempas ke dalam laut akan tenggelam, tetapi objek yang dilihat terapung di luar pantai Australia boleh jadi "X" yang ditandakan di tempat kejadian.

Serpihan yang terdapat di selatan Lautan Hindi itu nampaknya sesuai dengan saiz bahagian-bahagian pesawat Boeing 777, dan lokasinya terletak dalam julat yang boleh dicapai oleh pesawat MH370.

20 March 2014

Imej satelit dikesan Australia tiada kaitan pesawat MH370, menurut laporan

Radar pesawat canggih P-8A Poseidon milik Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat turut mengesan objek yang berada di lokasi penemuan satelit Australia.

Bagaimanapun, Komander William Marks, jurucakap Tentera Laut AS 7 Fleet berkata, ia tidak berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Wartawan ABC News, David Wright, satu-satunya wartawan mengikut operasi pesawat tersebut melaporkan anak kapal memberitahunya radar pesawat mengesan objek di kawasan perairan Laut Hindi tersebut.

Australia memeriksa dua objek dalam mencari pesawat

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) – Perdana Menteri Autralia berkata pada hari Khamis bahawa dua objek yang berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines telah dikesan melalui imej satelit di Lautan Hindi dan sebuah pesawat tentera udara telah dihantar ke kawasan tersebut untuk mengesan kesahihannya.

Anjing dijual dengan harga $2 juta di China

Seekor anak anjing Tibetan mastiff telah dijual di China dengan harga hampir $ 2 juta, kata satu laporan pada hari Rabu, berkemungkinan menjadi anjing yang paling mahal pernah dijual.

Seorang pemaju hartanah membayar 12 juta yuan ($ 1.9 juta) bagi mendapatkan mastiff berbulu keemasan yang berusia satu tahun di pameran haiwan mewah yang diadakan pada hari Selasa di wilayah timur Zhejiang, Qianjiang Evening News melaporkan.

Obama berkata pencarian pesawat MH370 menjadi 'keutamaan'

Presiden Barack Obama berkata semalam, pencarian pesawat MH30 milik Malaysia Airlines itu adalah menjadi "keutamaan" bagi Amerika Syarikat dan menawarkan segala sumber yang mungkin - termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Dalam komen pertamanya di depan lensa kamera berkaitan misteri Malaysia Airlines Penerbangan 370, Obama menawarkan pandangan dan doa kepada saudara-mara para penumpang yang hilang.

19 March 2014

Penganalisis percaya MH370 mendarat

Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.
    
Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

MH370: Pakar IT India dakwa temui imej satelit kemungkinan pesawat yang hilang

Imej satelit yang didakwa pesawat Malaysia Airlines yang hilang

NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.