Showing posts with label Ragam Manusia. Show all posts
Showing posts with label Ragam Manusia. Show all posts
10 April 2014
07 April 2014
20 March 2014
Anjing dijual dengan harga $2 juta di China
Seekor anak anjing Tibetan
mastiff telah dijual di China dengan harga hampir $ 2 juta, kata satu
laporan pada hari Rabu, berkemungkinan menjadi anjing yang paling mahal pernah dijual.
Seorang pemaju hartanah membayar 12 juta yuan ($ 1.9 juta) bagi
mendapatkan mastiff berbulu keemasan
yang berusia satu tahun di pameran haiwan mewah yang diadakan pada hari Selasa
di wilayah timur Zhejiang, Qianjiang Evening News melaporkan.
02 September 2011
Ragam Balik Kampong Menjelang Raya
Cuti Hari Raya Aidil Fitri dah habis. Teringat kisah-kisah sepanjang tempoh berhari raya di kampong. Suka dan duka adalah episod yang sentiasa diulang tayang pada setiap kali hari raya. Paling utama, hari raya adalah hari menyambut kemenangan melawan nafsu sepanjang bulan Ramadan dan sepatutnya masing-masing bergembira mengikut lunas-lunas yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
Bulan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan keberkatan di dalamnya. Tetapi hairan, apabila Syawal menjelma, ada di kalangan saudara mara, adik beradik dan lebih parah ada di kalangan anak dan ibubapa bergaduh atau berselisih faham sesama sendiri. Di mana silapnya? Aku amat percaya, perkara ini berlaku disebabkan keberkatan Ramadan dilepaskan begitu sahaja oleh mereka yang terlibat. Apabila anak bergaduh dengan ibubapa, ini adalah ujian kepada ibubapa itu sendiri. Di mana silapnya? Muhasabahlah diri, baru terang lagi bersuluh kesilapan yang telah dilakukan sama ada secara sedar atau tidak, dan sengaja atau tidak.
Adakah andaianku salah? Padaku logiknya memang ada. Jika telahanku betul, maka amat malang sekali orang yang melepaskan keberkatan Ramadan ini. Kalau ketika bulan Ramadan telah dijanjikan oleh Allah penuh dengan keberkatan di dalamnya, dan peluang ini diambil oleh setiap insan yang bertaqwa, mana mungkin kemelut ini berlaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)