09 April 2014

MH370 - Isyarat Ping Baru di Kesan

Oleh Matt Siegel dan Swati Pandey


SYDNEY / PERTH, Australia ( Reuters) - Pegawai-pegawai Australia berkata pada hari Rabu bahawa dua isyarat "ping" baru telah dikesan dalam usaha mencari pesawat MH370, meningkatkan keyakinan selepas lebih sebulan sia-sia mencari pesawat yang hilang itu.

Isyarat, yang mungkin dari perakam kotak hitam pesawat, membawa kepada keseluruhan empat "ping" yang dikesan baru-baru ini di dalam kawasan carian oleh Towed Pinger Locator (TPL) Tentera Laut Amerika Syarikat.

Angus Houston, ketua agensi Australia yang menyelaraskan carian, melahirkan nada optimis semasa mengumumkan maklumat, tetapi menggesa supaya berhati-hati memandangkan tugas mencari rantau Lautan Hindi masih sukar.

"Saya percaya kita sedang mencari di kawasan yang betul tetapi kita perlu mengenal pasti visual bangkai pesawat sebelum kita boleh mengesahkan dengan pasti bahawa ini adalah tempat di mana pesawat MH370 berakhir," Houston berkata kepada pemberita di Perth.

"Saya kini yakin bahawa kita akan menjumpai pesawat, atau apa yang tinggal daripada pesawat, tidak lama lagi."

Kotak hitam merekod data kokpit dan boleh memberi jawapan tentang apa yang terjadi kepada pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika hilang pada 8 Mac dan terbang ribuan kilometer keluar daripada laluannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.