Showing posts with label Kerohanian. Show all posts
Showing posts with label Kerohanian. Show all posts

11 April 2014

Merokok Adalah Haram – Kenapa?

Pengisytiharan bahawa "Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah & Muhammad itu pesuruh Allah", menuntut bahawa orang Islam perlu menerima apa yang ditetapkan oleh Allah dan oleh Rasul-Nya, Muhammad (saw).


Islam adalah wahyu daripada Allah dengan kod hidup yang lengkap. Ia memberitahu apa yang baik dan apa yang buruk: Allah berfirman di dalam al-Quran: Dan Kami telah menunjukkan kepadanya (manusia) dua jalan (baik dan jahat). (Al-Quran, Surah Al-Balad/10)

10 April 2014

Apakah Sebab Filem “Noah” Diharamkan Di Malaysia?

8 Apr – Filem terbaru arahan Darren Aronofsky, "Noah" telah diharamkan tayangannya di Malaysia kerana memaparkan jalan cerita yang diadaptasi dari kisah hidup Nabi Nuh A.S.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia keputusan ini diambil tindakan segera kerana bertujuan menjaga kesejahteraan dan sensitiviti umat Islam di negara ini selain masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa.

06 August 2011

Masyaallah... Aku Sudah Terlalu Jauh Ketinggalan…

Pada malam 2 Ogos 2011, lepas sembahyang terawih di masjid yang selalu aku kunjungi, seperti biasa aku ke satu sudut mengambil al-Quran dan ingin membacanya. Baru sahaja aku duduk, aku didatangi oleh seseorang, sahabat lama tapi tidaklah rapat. Beliau juga memegang senaskah al-Quran. Beliau lalu bertanya, “Kau pernah masuk tilawah al-Quran kan?” Lalu aku jawab, “Ya. Kenapa”. Mulanya aku tidak dapat menangkap maksud soalan itu memandangkan kami pernah sama-sama menyertai tilawah suatu ketika dulu, mustahil beliau sengaja bertanya soalan yang beliau sudah tahu jawapannya. Lalu beliau terus menyambung, “Kalau begitu tentulah kau ni pandai baca al-Quran bukan?”. Aku membalas, “Tidaklah pandai, cukup untuk bekalan bagi diri sendiri”. Beliau terus menambah, “Kau faham tak makna ayat-ayat al-Quran yang kau baca tu?”. “Tahu la sikit-sikit. Biasanya ayat-ayat yang selalu dibaca dan perkataan-perkataan yang sinonim dengan Bahasa Melayu”. Aku menjawab secara jujur.