06 April 2014

Korea Selatan Menemui Drone Disyaki Milik Korea Utara

Tentera Korea Selatan berkata pada hari Ahad, mereka telah telah menemui drone yang tidak dikenali disyaki telah diterbangkan dari Korea Utara, berikutan penemuan dua objek yang sama berhampiran sempadan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Korea Selatan pada awalnya mendapati dua pesawat udara tanpa pemandu teknologi rendah, kira-kira satu meter panjang, dua meter lebar dan dicat biru pucat, yang telah terhempas berhampiran sempadan dengan Utara.

Kedua-dua pesawat tersebut yang dipasang kamera telah mengambil beratus-ratus gambar, walaupun berkualiti rendah, meliputi kawasan sempadan dan Seoul, termasuk istana presiden, menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

Pada hari Ahad, tentera itu menemui sebuah lagi drone dengan reka bentuk dan saiz yang serupa di daerah timur Jeongseon, kira-kira 130 kilometer (80.7 batu) ke selatan sempadan yang dpertahankan dengan kukuh, kata jurucakap Kementerian Pertahanan di Seoul.

"Kami akan menjalankan siasatan ke atas objek yang disyaki bahawa Korea Utara mungkin dalangnya," kata Kim kepada pemberita.

Tentera Seoul melihat bahawa drone sebagai "ancaman besar" dan akan mencari cara-cara untuk mengesan mereka, Kim berkata tanpa menerangkan lebih lanjut lagi.

Drone yang pertama telah ditemui di Paju, bandar di sempadan pada 24 Mac dan yang lain ditemui di pulau Baengnyeong, sempadan kedua-dua negara pada 31 Mac, apabila kedua-dua negara berbalas tembakan di sempadan laut yang tegang.

Pihak tentera berkata hari ini, ia mempunyai bukti menunjukkan drone yang ditemui di Paju berasal dari Korea Utara, berpandukan perkataan-perkataan unik Korea Utara yang ditaip pada baterinya.