Blog BOHSAJA ini adalah merupakan gabungan singkatan dua perkataan bahasa pasar iaitu “BOH” dan “SAJA”. Perkataan “BOH” ini bermakna “BUBUH” atau “LETAK” atau “MEMASUKKAN” dan “SAJA” bermaksud “SAHAJA”. Gabungan BOHSAJA bermaksud apa sahaja bahan (kecuali bahan-bahan lucah, judi dan unsur-unsur keganasan) boleh dimasukkan ke dalam blog ini mengikut citarasa aku sebagai pemilik blog. Sesiapa yang berminat hendak baca atau komen, dengan senang hatinya dipersilakan, tetapi bagi yang tidak suka, anda berhak menentukan pilihan masing-masing. Tiada paksaan dan tiada rayuan untuk memeriahkan blog ini.
Aku menubuhkan laman blog ini dengan tujuan untuk menghilangkan rasa bosan dengan kerja dan kehidupan seharian, menjelaskan kekeliruan tentang sesuatu perkara, meluahkan kekecewaan dan marah kepada seseorang ataupun pihak-pihak tertentu yang bertindak mengikut hawa nafsu untuk kepentingan diri atau golongan tertentu. Walaupun begitu, apa yang aku gariskan di sini bukanlah mandatori bahawa apa yang akan ditulis berkisar di dalam ruang lingkup perkara-perkara yang telah diterangkan sahaja, tetapi ianya masih tertakluk kepada “ikut suka aku apa yang aku nak tulis”.