10 April 2014

Korea Utara Jalankan Hukuman Mati Guna Penyembur Api

Tokyo: Korea Utara dilapor menjalankan hukuman mati ke atas seorang pegawai kanan dengan menggunakan penyembur api.

Akhbar Korea Selatan Shosun Ilbo melaporkan, mangsa ialah antara 11 pegawai kanan parti yang ada hubungan dengan Jang Song-taek — bapa saudara presiden Korea Utara, Kim Jong-un.

Jang dibicarakan dan menjalani hukuman mati Disember lalu selepas bersalah atas tuduhan rasuah dan menjalankan kegiatan bertentangan parti Pekerja Korea.

“O Sang-hon, timbalan menteri kementerian kemudahan awam, dibunuh dengan mengguna penyembur api,” lapor akhbar itu.