07 April 2014

AS Hantar 2 Kapal Perang Ke Jepun Untuk Hadapi Korea Utara

Kenderaan amfibia Kor Marin Korea Selatan menembak bom asap ketika mereka bergerak untuk mendarat di pantai semasa latihan pendaratan bersama Korea Selatan-AS di Pohang pada 31 Mac 2014. Latihan tersebut adalah sebahagian daripada latihan tentera tahunan kedua-dua negara yang dipanggil Foal Eagle, yang bermula pada 24 Februari dan berjalan hingga 18 April.

Korea Utara mengumumkan amaran tidak boleh belayar pada hari Isnin untuk kawasan-kawasan di luar pantai barat berhampiran sempadan yang dipertikaikan dengan Korea Selatan dan telah memberitahu Selatan bahawa ia akan menjalankan latihan menembak, kata pegawai kerajaan Korea Selatan. Amaran itu datang di tengah-tengah ketegangan yang memuncak sekitar Utara selepas Majlis Keselamatan PBB mengutuk Pyongyang melancarkan rangkaian peluru berpandu jarak sederhana minggu lalu, ketika pemimpin Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat bertemu untuk membincangkan program senjata Korea Utara.

Pada Ahad, 6 April 2014, Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel memberikan amaran serampang dua mata kepada negara-negara Asia Pasifik, mengumumkan bahawa AS akan menghantar dua kapal pemusnah peluru berpandu balistik tambahan ke Jepun untuk menangani ancaman Korea Utara, dan berkata China mesti lebih baik menghormati jirannya.

Dalam ucapan luar biasa yang keras mengenai China, Hagel menarik menarik perhatian tentang pengambilalihan Rusia ke atas Crimea di Ukraine dan pertikaian wilayah berterusan antara China, Jepun dan lain-lain ke atas pulau-pulau terpencil di Laut China Timur.

Pengumuman penugasan kapal pemusnah tambahan ke Jepun timbul akibat daripada ketegangan dengan Korea Utara memuncak kembali, dengan Pyongyang terus mengancam dengan tambahan peluru berpandu dan ujian nuklear.

Dalam beberapa minggu kebelakangan, Korea Utara telah melancarkan satu siri roket dan peluru berpandu balistik yang dianggap tindakan bantahan berterusan terhadap latihan ketenteraan musim bunga tahunan oleh Seoul dan Washington. Korea Utara mendakwa bahawa latihan adalah sebagai persediaan untuk menghadapi pencerobohan.