8
Apr –
Filem terbaru arahan Darren Aronofsky, "Noah" telah diharamkan
tayangannya di Malaysia kerana memaparkan jalan cerita yang diadaptasi dari
kisah hidup Nabi Nuh A.S.
Menurut
kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, Pengerusi
Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia keputusan ini diambil tindakan segera
kerana bertujuan menjaga kesejahteraan dan sensitiviti umat Islam di negara ini
selain masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa.