14 April 2014

Amerika Syarikat siasat syarikat diet Herbalife

Pihak berkuasa AS telah membuka siasatan jenayah ke atas syarikat pemakanan dan berat badan Herbalife Ltd, menurut media pada Sabtu.

The New York Times melaporkan bahawa menurut sumber, kes itu telah disiasat sejak beberapa bulan. Akhbar harian itu menambah bahawa pegawai yang dihubungi berkata bahawa pihak berkuasa mungkin akan memilih untuk tidak mengambil tindakan terhadap Herbalife.

The Times menulis bahawa siasatan memberi tumpuan kepada model perniagaan jualan langsung Herbalife.

Herbalife mengedarkan shake diet, supplement dan produk lain melalui rangkaian wakil jualan. Sebahagian pemerhati, yang di antaranya termasuk pengurus lindung nilai dana, billionaire William Ackman, mengatakan bahawa ianya adalah benar-benar skim piramid - dakwaan yang telah dinafikan syarikat itu.

Saham-saham dalam syarikat yang bertapak di Los Angeles itu telah jatuh mendadak baru-baru ini di tengah-tengah dakwaan tersebut.

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan berkata ia telah melancarkan satu siasatan awam ke dalam Herbalife, dan syarikat itu telah mendedahkan bahawa ia juga sedang disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Tetapi syarikat itu mengeluarkan kenyataan pada hari Jumaat, bertindak balas kepada "laporan media dan khabar angin di pasaran," berkata ia tidak tahu apa-apa tentang siasatan jenayah.

"Kami tidak tahu apa-apa tentang penyiasatan yang sedang dijalankan oleh DOJ (Jabatan Kehakiman) atau FBI, dan kami tidak menerima sebarang permintaan rasmi mahupun tidak rasmi untuk maklumat daripada agensi-agensi terbabit," kata kenyataan Herbalife.