06 April 2014
04 April 2014
Sepotong tembikai sehari boleh turunkan tekanan darah tinggi
New
York, 4 April 2014 (IANS) - Jangan ketinggalan untuk makan sepotong tembikai setiap
hari apabila penyelidikan baru telah mendapati bahawa tembikai boleh
mengurangkan tekanan darah dengan ketara pada individu yang berlebihan berat
badan sama ada dalam keadaan rehat dan semasa di bawah tekanan.
"Tekanan
ke atas aorta (arteri terbesar dalam tubuh manusia) dan pada jantung
berkurangan selepas memakan ekstrak tembikai," kata Arturo Figueroa,
seorang profesor di Universiti Florida.
Penerjun payung bebas mati ketika cubaan memecahkan rekod dunia
Jumaat, 4 April 2014,
Eloy, Arizona (AP) - Cubaan untuk memecahkan rekod dunia terjun bebas dari kapal terbang dengan lebih 220 orang penerjun bertukar tragis pada Khamis, 3 April 2014 apabila seseorang penerjun mati semasa usaha berani di Arizona, lokasi yang sama di mana dua penerjun payung jatuh dan mati pada tahun lepas dalam cubaan untuk memecahkan rekod yang berbeza.
Polis mengenal pasti mangsa sebagai Diana Paris, 46, dari Berlin, Jerman. Suaminya memberitahu pihak berkuasa beliau telah menyempurnakan sebanyak 1,500 lompatan dalam kerjaya terjunan payung.

Filipina dakwa mangsa culik berada di selatan negara itu
Jumaat, 4 April 2014, MANILA,
Filipina (AP) - Sekumpulan lelaki bersenjata yang menculik seorang pelancong China
dan seorang pekerja Filipina dari sebuah resort Malaysia telah membawa tawanan
mereka ke sebuah pecan di pulau wilayah
selatan Filipina, kata pihak berkuasa
hari ini.
Penculik, dipercayai militan Abu Sayyaf, membawa kedua-dua wanita ke Simunul di wilayah
Tawi-Tawi, jurucakap presiden Filipina, Edwin Lacierda berkata, memetik
laporan tentera.
Subscribe to:
Posts (Atom)