04 April 2014

Nenek berjaya tangkap tuna seberat 64 stone yang memecah rekod dunia

Jumaat, 4 April 2014 - Donna Pascoe, 56 tahun, mendapat seekor tuna sirip biru seberat 411.6kg (64 stone) di New Zealand ketika memancing. Dia terpaksa berjuang selama lebih empat jam dengan ikan tersebut sebelum berjaya dinaikkan ke dalam bot.



Berat ikan tersebut adalah dua kali ganda berat bayi gajah dan boleh mengisi 1,769 tin apabila ditinkan. Walau bagaimanapun, ikan tersebut tidak boleh dijual kerana ia tidak ditangkap menggunakan kapal komersial. Sekiranya dapat dijual, ikan itu kemungkinan bernilai lebih daripada US $2 juta.


Donna Pascoe merancang untuk mengawit ikan itu dan menggantungnya di rumah sebagai kenangan. Dia kini menunggu pengesahan daripada International Game Fish Association sama ada tangkapannya itu memecahkan rekod dunia.

Sumber: DailyMail