04 April 2014

Penerjun payung bebas mati ketika cubaan memecahkan rekod dunia

Jumaat, 4 April 2014,

Eloy, Arizona (AP) - Cubaan untuk memecahkan rekod dunia terjun bebas dari kapal terbang dengan lebih 220 orang penerjun bertukar tragis pada Khamis, 3 April 2014 apabila seseorang penerjun mati semasa usaha berani di Arizona, lokasi yang sama di mana dua penerjun payung jatuh dan mati pada tahun lepas dalam cubaan untuk memecahkan rekod yang berbeza.

Polis mengenal pasti mangsa sebagai Diana Paris, 46, dari Berlin, Jerman. Suaminya memberitahu pihak berkuasa beliau telah menyempurnakan sebanyak 1,500 lompatan dalam kerjaya terjunan payung.


Kemalangan disebabkan payung terjun rosak yang gagal berfungsi apabila dibuka ketika terlalu rendah dari tanah untuk membolehkan payung terjun simpanan terbuka sepenuhnya. Beliau diisytiharkan mati di tempat kejadian.

" Ia tiada kaitan dengan saiz kumpulan atau pesawat," kata Gulcin Gilbert, jurucakap Tim Dunia.

Kemalangan itu berlaku semasa satu percubaan untuk memecahkan rekod pembentukan dunia.

Kumpulan seramai 222 orang dari 28 negara telah terjun daripada kira-kira 18,000 kaki (5,486 meter) kemudian bersama-sama berpaut bersama-sama dalam membentuk formasi seperti salji sebelum berpecah dan menarik payung terjun mereka.

Penerjun tersebut jatuh dari udara pada kelajuan lebih daripada 100 bsj (160,93 kilometer per jam), dan mereka mempunyai kira-kira 70 saat untuk melengkapkan pembentukan jatuh bebas sebelum membuka payung terjun mereka.

Kumpulan itu tidak memecahkan rekod semasa terjunan yang malang itu atau semasa beberapa lagi terjunan selepas tragedi itu. Mereka merancang untuk meneruskan terjunan pada Jumaat dengan 221 penerjun.

Sumber: Yahoo News