04 April 2014

Filipina dakwa mangsa culik berada di selatan negara itu

Jumaat, 4 April 2014, MANILA, Filipina (AP) - Sekumpulan lelaki bersenjata yang menculik seorang pelancong China dan seorang pekerja Filipina dari sebuah resort Malaysia telah membawa tawanan mereka ke sebuah pecan di pulau  wilayah selatan Filipina, kata pihak berkuasa hari ini.

Penculik, dipercayai militan Abu Sayyaf, membawa kedua-dua wanita ke Simunul di wilayah Tawi-Tawi, jurucakap presiden Filipina, Edwin Lacierda berkata, memetik laporan tentera.

03 April 2014

Pelancong China diculik dari Timur Sabah

Oleh: EILEEN NG dan JIM GOMEZ | Associated Press


AFP Foto oleh: Mohd Rasfan

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP), 3 April 2014 - Pemberontak Filipina disyaki menculik pelancong China dan seorang pekerja hotel dari pusat peranginan menyelam di timur Malaysia dan kemudian melarikan diri dengan bot laju, pegawai Malaysia dan Filipina melaporkan – Khamis.

Insiden itu berlaku lewat semalam, Rabu, 2 April 2014 di daerah Semporna, Sabah.

21 March 2014

Serpihan misteri berhampiran Australia kelihatan seperti sayap MH370

Kebanyakan Boeing 777 yang terhempas ke dalam laut akan tenggelam, tetapi objek yang dilihat terapung di luar pantai Australia boleh jadi "X" yang ditandakan di tempat kejadian.

Serpihan yang terdapat di selatan Lautan Hindi itu nampaknya sesuai dengan saiz bahagian-bahagian pesawat Boeing 777, dan lokasinya terletak dalam julat yang boleh dicapai oleh pesawat MH370.

20 March 2014

Imej satelit dikesan Australia tiada kaitan pesawat MH370, menurut laporan

Radar pesawat canggih P-8A Poseidon milik Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat turut mengesan objek yang berada di lokasi penemuan satelit Australia.

Bagaimanapun, Komander William Marks, jurucakap Tentera Laut AS 7 Fleet berkata, ia tidak berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Wartawan ABC News, David Wright, satu-satunya wartawan mengikut operasi pesawat tersebut melaporkan anak kapal memberitahunya radar pesawat mengesan objek di kawasan perairan Laut Hindi tersebut.

Australia memeriksa dua objek dalam mencari pesawat

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) – Perdana Menteri Autralia berkata pada hari Khamis bahawa dua objek yang berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines telah dikesan melalui imej satelit di Lautan Hindi dan sebuah pesawat tentera udara telah dihantar ke kawasan tersebut untuk mengesan kesahihannya.