Kebanyakan Boeing 777 yang terhempas ke dalam laut akan tenggelam,
tetapi objek yang dilihat terapung di luar pantai Australia boleh jadi "X"
yang ditandakan di tempat kejadian.
Serpihan yang terdapat di selatan Lautan Hindi itu nampaknya sesuai
dengan saiz bahagian-bahagian pesawat Boeing 777, dan lokasinya terletak dalam
julat yang boleh dicapai oleh pesawat MH370.
Jika ya, ini adalah penemuan yang tidak dijangka dan sangat
dialu-alukan dalam konteks pencarian. Ramai pakar menyatakan bahawa berkemungkinan
ia boleh mengambil masa beberapa bulan sehingga serpihan itu ditolak ke pantai,
sebelum petunjuk kukuh pertama ditemui kepada misteri ini.
Pada masa ini, kunci pertama bagi menilai penemuan yang munasabah ini
ialah: apa yang terapung dan ia tidak?
Bahagian kapal terbang yang berkemungkinan boleh kekal di permukaan air
ialah sayap. Saiz sayap Boeing 777 adalah 200 kaki. John Young, Pihak Berkuasa
Keselamatan Maritim Australia berkata, kepingan terbesar muncul pada imej-imej
satelit adalah kira-kira 78 kaki panjang - yang merupakan penemuan penting
kerana sayap Boeing 777 adalah panjang tetapi juga sangat nipis. Saiz ini
konsisten dengan separuh daripada sayap.
Bahagian yang paling berat daripada pesawat udara adalah enjin-enjin. Enjin-enjin
dipasangkan di sayap dan akan tertanggal akibat impak yang kuat. Di lautan,
mereka akan tenggelam seperti bom.
Bahagian yang paling kukuh struktur pesawat yang membawa semua beban
aerodinamik utama - adalah kotak sayap , di mana sayap bersambung dengan badan
pesawat. Ia juga adalah berat dan mungkin akan tenggelam. Sepertimana sayap ,
permukaan ekor yang mendatar dan menegak - mudah tertanggal dari badan pesawat dan
terapung.
Salah satu daripada banyak perkara yang menarik tentang perkembangan
ini ialah pembangunan satelit dan bagaimana ia dibuat . Seminit sebelumnya kita
bercakap mengenai kekosongan besar tanpa mata untuk memerhati, namun selepas
itu, nampaknya ada aset yang boleh digunakan dengan cepat.
Sehingga kini , hanya satelit Inmarsat milik sebuah syarikat London
yang merupakan satu-satunya cara untuk mengesan di mana kedudukan Boeing 777 tersebut,
berpandukan isyarat ping yang menunjukkan berapa lama pesawat itu "hidup”.
Banyak negara sedang bekerjasama dalam pencarian ini, dan ada yang mempunyai
lebih banyak sumber daripada yang lain. Agensi-agensi perisikan sangat
keberatan untuk mendedahkan aset mereka dan, dalam hal ini mungkin telah
menjadi rakan "senyap" dalam pencarian - satelit boleh dipindahkan
dari orbit biasa mereka dalam keadaan kecemasan, sepertimana dilakukan apabila
pemberontakan di Libya bermula.
Sumber: The Daily Beast