20 March 2014

Australia memeriksa dua objek dalam mencari pesawat

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) – Perdana Menteri Autralia berkata pada hari Khamis bahawa dua objek yang berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines telah dikesan melalui imej satelit di Lautan Hindi dan sebuah pesawat tentera udara telah dihantar ke kawasan tersebut untuk mengesan kesahihannya.

Pesawat Orion dijangka sampai di kawasan tersebut pada tengahari Khamis, Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu Parlimen di Canberra. Tiga pesawat tambaha dijangka akan ditambah untuk melaksanakan pencarian yang lebih intensif.

Abbott mengatakan bahawa ia adalah “maklumat yang kredibel,” dan menambah bahawa selepas “analisa pakar terhadap imej satellite tersebut, dua objek yang berkemungkinan ada kaitan dengan pencarian pesawat MH370 telah dikenalpasti.

Tetapi Abbott bimbang bahawa lokasi objek-objek tersebut mungkin terlalu sukar dan “hasilnya objek-objek tersebut mungkin tidak mempunyai kaitan dengan pencarian pesawat MH370.

Beliau tidak mengatakan di mana objek-objek tersebut berada. Pesawat tentera dari Autralia, A.S dan New Zealand telah membuat pencarian meliputi wilayah di selatan Lautan Hindi yang mana pada hari Rabu telah dikecilkan dari 600,000 kilometer persegi (232,000 batu persegi) kepada 305,000 kilometer persegi (117,000 batu persegi).

Abbott berkata beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tentang Perkembangan terkini. Utusan Australia ke Malaysia, Rod Smith, menyertai mesyuarat pencarian Pegawai Kanan Malaysia di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas pengumuman Abbott. Smith tidak menjawab soalan pemberita.

"Seperti yang saya telah lakukan dari hari pertama, saya telah mengikuti setiap petunjuk. Dan kali ini, saya berharap ia adalah satu perkembangan positif," kata Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada pemberita.

Hampir dua minggu selepas pesawat hilang, FBI telah menyertai pihak berkuasa Malaysia dalam menganalisa data yang telah dipadam daripada simulator penerbangan kepunyaan juruterbang jet yang hilang.

Fail-fail yang mengandungi rekod penerbangan simulasi dari peranti yang terdapat dalam rumah juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah telah dipadamkan pada 3 Februari, kata Ketua Polis Malaysia Khalid Abu.

Ia tidak jelas sama ada penyiasat berfikir bahawa pemadaman fail-fail tersebut merupakan sesuatu yang luar biasa. Mereka mungkin menyimpan petunjuk terhadap laluan penerbangan yang luar biasa yang boleh membantu menjelaskan ke mana perginya pesawat hilang itu, atau fail-fail tersebut telah dipadam semata-mata untuk mengosongkan memori untuk member ruang kemasukan bahan lain.

Hishammuddin pada sidang akhbar hari Rabu berkata bahawa Zaharie tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Beliau berkata ahli keluarga juruterbang memberikan kerjasama dalam penyiasatan.

Zaharie dikenali oleh sebahagian peminat dunia simulasi penerbangan dalam talian.

Seorang pegawai AS, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata bahawa FBI telah diminta untuk menganalisis fail-fail simulator yang telah dipadam.

Eric Holder, Peguam Negara AS di Washington berkata bahawa FBI telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia. "Pada ketika ini saya tidak fikir kita mempunyai apa-apa teori," katanya.

Pesawat 370 hilang 8 Mac ketika penerbangan malam dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pihak berkuasa Malaysia tidak mengeluarkan penjelasan terhadap sebarang kemungkinan, tetapi berkata bahawa berdasarkan bukti setakat ini, pesawat tersebut dipercayai telah sengaja berpatah balik melintasi Malaysia ke Selat Melaka, dengan sistem komunikasinya telah dimatikan. Mereka tidak pasti apa yang berlaku seterusnya.

Penyiasat telah mengenal pasti dua lengkok wilayah yang besar di mana kedudukan pesawat tersebut mungkin berada, kira-kira 7 ½ jam berlepas, berdasarkan maklumat pengesanan dari sebuah satelit – yang memancarkan isyarat berterusan setiap sejam, walaupun komunikasi dimatikan. Lengkok tersebut merangkumi sehingga sejauh Kazakhstan di Asia Tengah dan ke bawah jauh ke selatan Lautan Hindi.

Penyiasat mempertimbangkan segala kemungkinan sama ada rampasan, sabotaj, keganasan atau isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan mental juruterbang atau sesiapa sahaja di dalam pesawat, dan telah meminta untuk pemeriksaan latar belakang semua penumpang asing dari negara luar.