Presiden Barack Obama berkata semalam, pencarian pesawat MH30 milik Malaysia
Airlines itu adalah menjadi "keutamaan" bagi Amerika Syarikat dan menawarkan
segala sumber yang mungkin - termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Dalam komen pertamanya di depan lensa kamera berkaitan misteri Malaysia
Airlines Penerbangan 370, Obama menawarkan pandangan dan doa kepada
saudara-mara para penumpang yang hilang.
"Saya mahu mereka diberi jaminan bahawa kami menganggap ini
sebagai satu keutamaan," kata Obama kepada stesen televisyen Dallas, KDFW
dalam satu temu bual di Rumah Putih.
"Kami telah menggunakan setiap sumber yang ada dalam proses pencarian,"
katanya.
"Terdapat kerjasama yang rapat dengan kerajaan Malaysia."