14 April 2014

Tompokan minyak dikesan di kawasan carian MH370, kata pegawai Australia

Ketua agensi Australia yang menyelia pencarian pesawat MH370 yang hilang hari ini berkata, satu tompokan minyak telah dikesan di kawasan carian di Lautan Hindi.

"Saya boleh melaporkan bahawa (kapal Australia ) Ocean Shield mengesan tompokan minyak petang semalam di kawasan carian ketika ini," kata Angus Houston.

Korea Utara nafi ada kaitan dengan drone yang dijumpai Korea Selatan

Korea Utara pada hari Isnin menafikan bulat-bulat apa-apa kaitan dengan tiga drone yang terhempas di Selatan, dan menuduh Seoul "mereka-reka" kaitan tersebut dalam usaha untuk memburuk-burukkan Pyongyang.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata minggu lepas, ia yakin bahawa tiga pesawat tanpa pemandu udara (UAV) yang diperolehi dalam beberapa minggu kebelakangan ini berasal dari Korea Utara.

Amerika Syarikat siasat syarikat diet Herbalife

Pihak berkuasa AS telah membuka siasatan jenayah ke atas syarikat pemakanan dan berat badan Herbalife Ltd, menurut media pada Sabtu.

The New York Times melaporkan bahawa menurut sumber, kes itu telah disiasat sejak beberapa bulan. Akhbar harian itu menambah bahawa pegawai yang dihubungi berkata bahawa pihak berkuasa mungkin akan memilih untuk tidak mengambil tindakan terhadap Herbalife.

Malaysia berkata tiada panggilan telefon di pertengahan penerbangan dari kokpit MH370

Malaysia pada hari Ahad menolak dakwaan bahawa panggilan telefon dibuat daripada Penerbangan MH370 sebelum ia hilang, tetapi enggan menolak sebarang kemungkinan dalam siasatan kehilangan jet setakat ini.

The New Straits Times yang memetik sumber tanpa nama, melaporkan Sabtu bahawa pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid membuat panggilan yang berakhir tiba-tiba, mungkin "kerana pesawat itu bergerak pantas dari menara (telekomunikasi)".

11 April 2014

Merokok Adalah Haram – Kenapa?

Pengisytiharan bahawa "Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah & Muhammad itu pesuruh Allah", menuntut bahawa orang Islam perlu menerima apa yang ditetapkan oleh Allah dan oleh Rasul-Nya, Muhammad (saw).


Islam adalah wahyu daripada Allah dengan kod hidup yang lengkap. Ia memberitahu apa yang baik dan apa yang buruk: Allah berfirman di dalam al-Quran: Dan Kami telah menunjukkan kepadanya (manusia) dua jalan (baik dan jahat). (Al-Quran, Surah Al-Balad/10)