19 March 2014

Penganalisis percaya MH370 mendarat

Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.
    
Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

MH370: Pakar IT India dakwa temui imej satelit kemungkinan pesawat yang hilang

Imej satelit yang didakwa pesawat Malaysia Airlines yang hilang

NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

09 March 2014

Senarai Penumpang Flight MH370

Pecahan Penumpang Flight MH370 Mengikut Negara:

1. China – 152 termasuk 1 kanak-kanak
2. Malaysia - 38
3. Indonesia - 12
4. Australia - 7
5. France - 3
6. United States of America – 3 
termasuk 1 kanak-kanak
7. New Zealand - 2
8. Ukraine - 2
9. Canada - 2
10. Russia - 1
11. Italy - 1
12. Taiwan - 1
13. Netherlands - 1
14. Austria - 1


Pesawat MAS dari KL ke Beijing Hilang

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

08 March 2014

Flight MH370 Milik MAS Hilang?

Pagi ini terdengar khabar angin bahawa sebuah pesawat Boeing 777-200 milik MAS yang sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 a.m waktu tempatan telah gagal mendarat di sana. Pesawat MH370 tersebut juga dikatakan teputus hubungan di ruang udara Vietnam di Laut China Selatan.

Betulkah khabar buruk yang aku dengar ini? Kita tunggu sahaja perkembangan selanjutnya.


Gambar oleh: Social Daily