Pada malam 2 Ogos 2011, lepas sembahyang terawih di masjid yang selalu aku kunjungi, seperti biasa aku ke satu sudut mengambil al-Quran dan ingin membacanya. Baru sahaja aku duduk, aku didatangi oleh seseorang, sahabat lama tapi tidaklah rapat. Beliau juga memegang senaskah al-Quran. Beliau lalu bertanya, “Kau pernah masuk tilawah al-Quran kan?” Lalu aku jawab, “Ya. Kenapa”. Mulanya aku tidak dapat menangkap maksud soalan itu memandangkan kami pernah sama-sama menyertai tilawah suatu ketika dulu, mustahil beliau sengaja bertanya soalan yang beliau sudah tahu jawapannya. Lalu beliau terus menyambung, “Kalau begitu tentulah kau ni pandai baca al-Quran bukan?”. Aku membalas, “Tidaklah pandai, cukup untuk bekalan bagi diri sendiri”. Beliau terus menambah, “Kau faham tak makna ayat-ayat al-Quran yang kau baca tu?”. “Tahu la sikit-sikit. Biasanya ayat-ayat yang selalu dibaca dan perkataan-perkataan yang sinonim dengan Bahasa Melayu”. Aku menjawab secara jujur.
“Sebenarnya belajar dan memahami kandungan al-Quran itu wajib bagi kita umat Islam”. Beliau memulakan hujjahnya dan meneruskan. “Sebenarnya sekarang ini ramai yang tahu baca al-Quran, tetapi sayang mereka tidak memahami isi-isi al-Quran. Sebenarnya aku bukan nak mengenakan kau, tapi inilah yang berlaku kepada kita yang didedahkan dengan pendidikan sekular. Kita diajar membaca al-Quran tetapi tidak pernah diajar untuk memahami setiap huruf dan perkataan yang dibaca. Aku rasa ini adalah satu tanggungjawab atau amanah Allah yang perlu disampaikan. Sebenarnya belajar bahasa al-Quran ini mudah.” Aku berminat untuk tahu lebih lanjut lau bertanya, “Macam mana kau mula-mula belajar bahasa Arab dulu?”. Beliau menjawab, “Aku pun macam yang lain juga, tidak tahu, tapi bila aku gagal belajar di Australia, aku mendekati alim-ulama di sana dan cuba belajar memahami al-Quran daripada mereka. Aku dimaklumkan bahawa, untuk belajar dan memahami isi-isi al-Quran dengan mudah dan cepat, kita perlu membaca sesuatu ayat itu dan diterjemahkan secara terus ayat-ayat atau huruf-huruf yang berkenaan”.

Aku mula terpesona dengan penerangan beliau. Sebenarnya beliau yang aku kenal bukanlah seorang ustaz ataupun seorang yang mendapat pendidikan asas dalam bidang keagamaan. Beliau mendapat pendidikan asas sama seperti aku, iaitu pendidikan sekular. Tapi bezanya beliau cepat mendapat hidayah dan kesedaran serta mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk memperbaiki dirinya dan aku percaya ilmu agamanya lebih tinggi daripada kebanyakan ustaz-ustaz ataupun pensyarah-pensyarah yang mendapat pendidikan keagamaan secara formal. Aku pernah mendengar dari jauh kuliah-kuliahnya kepada anak-anak buahnya setiap kali lepas sembahyang semasa aku berkesempatan mengunjugi tempat kerja beliau atas suatu urusan. Masyaallah… ilmu tafsirnya amat tinggi. Itulah yang dapat disimpulkan. Aku berpendapat bahawa penyampaiannya jelas dan mudah difahami tidak kira batas usia para pendengarnya.
Beliau menambah, “Sebenarnya setiap kali selepas Subuh, kami ada sessi belajar dan memahami bahasa al-Quran dengan dua tiga orang kawan yang lain. Kalau kau berminat bolehlah sama-sama ikut mulai Subuh esok. Di sinilah tempat kami”. Lalu menunjukkan di kawasan salah satu tiang dalam masjid, di mana tempat aku dan beliau sedang berbual. Aku menjadi teruja kerana sudah lama aku menantikan saat aku mendapat seorang guru yang dapat membimbing aku belajar dan memahami bahasa al-Quran tanpa perlu pergi jauh. Perbualan kami habis di situ, tetapi aku pergi tanpa meninggalkan sebarang janji kepada beliau, namun jauh di sudut hati ini, aku berasa amat bersyukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan jalan-Nya bagiku untuk belajar, memahami dan mendalami Kalam-Nya.
Selepas Subuh, 3 Ogos 2011, tanpa tawaran susulan, aku mengambil al-Quran dan terus menyertai kumpulan seramai 4 orang itu. Selain daripada kawanku itu, tiga yang lain pun aku kenal. Semuanya lebih tua dari segi umur dan lebih kanan daripada aku dari segi kerjaya. Mereka ini telah mengikuti program tersebut mungkin sebulan atau dua bulan lebih awal. Pada pagi itu kami bermula dengan bacaan dan memahami setiap huruf serta perkataan dalam surah al-Fatihah. Terlintas di sudut hatiku, “Kenapa aku tidak diketemukan dengan manusia begini lebih awal”. Ilmu dan kefahamannya tentang bahasa al-Quran cukup tinggi dan penyampaiannya cukup mudah difahami. Kesungguhannya amat mengkagumkan. Terasa sangat kerdilnya diriku ini. Ilmuku tidak sampai sehujung kuku kawanku ini. Amat sukar mencari manusia yang sanggup untuk meluangkan masa mengajar orang lain secara percuma pada zaman ini walaupun beliau telah berkeluarga dan rumahnya tidak jauh dari masjid itu. Mulai saat itu, aku bertekad untuk menjadi seorang murid yang baik dan berusaha dengan sebaik mungkin untuk belajar dan memahami bahasa al-Quran yang tidak pernah terkecapi kenikmatannya sebelum ini. Subhanallah.