13 September 2011

Kisah Drama Tok Janggut

Ini ada satu kisah berkenaan Tok Janggut yang dipetik dari Utusan Online.

KIRA-KIRA sepuluh tahun lalu RTM ada menyiarkan drama purba bersiri kisah Tok Janggut. Kalau tak silap Siti pelakon watak Tok Janggut ialah Eman Manan. Sejarah mencatatkan Tok Janggut sebagai pejuang kerana menentang British.

Siti tak pasti dalam drama itu ada atau tidak adegan Tok Janggut mati digantung kaki di atas, kepala ke bawah oleh British. Ini fakta sejarah tentang perbuatan kejam British kepada orang Melayu. Siti tak berani nak kata Tok Janggut pejuang. Sebabnya dia menentang British, banyak orang Melayu sokong British. Ada sesetengah pihak menganggap menentang British bukan pejuang kerana banyak juga orang Melayu jadi juak-juak British. Sekarang pun tak ada yang kata British kejam.

12 September 2011

Profesor Kangkung, Otak Bercelaru

Macam-macam statement keluar bila Mat Sabu cucuk pasal perjuangan Mat Indera. Komen terbaru yang bertaraf tong taik adalah dari Profesor Kangkung ni.



02 September 2011

Ragam Balik Kampong Menjelang Raya

Cuti Hari Raya Aidil Fitri dah habis. Teringat kisah-kisah sepanjang tempoh berhari raya di kampong. Suka dan duka adalah episod yang sentiasa diulang tayang pada setiap kali hari raya. Paling utama, hari raya adalah hari menyambut kemenangan melawan nafsu sepanjang bulan Ramadan dan sepatutnya masing-masing bergembira mengikut lunas-lunas yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

Bulan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan keberkatan di dalamnya. Tetapi hairan, apabila Syawal menjelma, ada di kalangan saudara mara, adik beradik dan lebih parah ada di kalangan anak dan ibubapa bergaduh atau berselisih faham sesama sendiri. Di mana silapnya? Aku amat percaya, perkara ini berlaku disebabkan keberkatan Ramadan dilepaskan begitu sahaja oleh mereka yang terlibat. Apabila anak bergaduh dengan ibubapa, ini adalah ujian kepada ibubapa itu sendiri. Di mana silapnya? Muhasabahlah diri, baru terang lagi bersuluh kesilapan yang telah dilakukan sama ada secara sedar atau tidak, dan sengaja atau tidak.

Adakah andaianku salah? Padaku logiknya memang ada. Jika telahanku betul, maka amat malang sekali orang yang melepaskan keberkatan Ramadan ini. Kalau ketika bulan Ramadan telah dijanjikan oleh Allah penuh dengan keberkatan di dalamnya, dan peluang ini diambil oleh setiap insan yang bertaqwa, mana mungkin kemelut ini berlaku.

19 August 2011

Rakyat Ditipu TNB?

Oleh Wanzek

TNB, pembekal tenaga elektrik monopoli, mengamalkan bacaan meter secara bergilir-gilir di premis dan bacaan meter anggaran yang diposkan. Mengikut maklumat dalam pengurusan TNB, ini adalah agenda politik untuk membantu kroni. Pos Malaysia kepunyaan Syed Mokhtar al-Bukhari, rapat hubungannya dengan orang nombor satu negara dan parti juara rakyat. Penulis dimaklumkan bahawa atas arahan kerajaan, TNB wajib menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk menguruskan pos bil bulanan secara dwibulanan. Pos Malaysia mengambil caj sebanyak RM3.00 atas satu bil. Ini maklumat yang diberikan oleh pengurusan TNB.

13 August 2011

Kecelaruan Sistem Pendidikan Negara

Sebagai seorang bapa kepada 4 orang anak-anak yang masih bersekolah, aku berasa agak kecewa dengan sistem pendidikan yang diamalkan di negara ini. Sebagai ibubapa, apa yang kita mahu sebenarnya? Adakah kita mahu anak-anak kita berjaya dalam pelajaran atau berjaya dalam hidup, atau adakah kita mahu anak-anak kita berjaya di dunia atau di akhirat, atau kedua-duanya sekali?

Melihat kepada situasi sekarang ini, jelas bahawa sistem pendidikan yang diamalkan sekarang ini memaksa masyarakat mengejar kecemerlangan dalam pelajaran akademik semata-mata. Kecemerlangan anak-anak dalam akademik adalah sebagai penanda aras kecemerlangan ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka. Bagi memastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran, ibubapa berlumba-lumba menghantar anak-anak ke pusat-pusat tuisyen berbayar. Bagi golongan yang tinggal di luar bandar dan pedalaman serta tidak berduit, hanya tuisyen percuma yang diharapkan. Situasi ini menjadikan persaingan pendidikan yang tidak adil di antara pelajar-pelajar di bandar-bandar dan di kawasan pedalaman.

Anak-anak juga dibebankan dengan harapan menggunung ibubapa. Balik sahaja sekolah, berkejar pula ke pusat-pusat tuisyen. Bagi golongan bukan Islam mungkin tidak menjadi bebanan yang terlalu besar, tetapi bagi pelajar-pelajar Islam yang ibubapa mereka melihat bahawa nilai-nilai keagamaan itu masih penting, maka pelajaran agama menjadi tumpuan selepas waktu sekolah dan waktu malam digunakan untuk tuisyen. Rupa-rupanya, anak-anak menjadi lebih sibuk daripada golongan ibubapa yang bekerja. Di manakah keindahan mereka melalui zaman kanak-kanak? Adakah ibubapa sanggup mengetepikan harapan mereka agar anak-anak dapat membesar dan menikmati zaman kanak-kanak mereka tanpa bebanan yang dicipta melalui sistem pendidikan ini?

Matapelajaran Agama Islam dan Pendidikan Moral bukan lagi menjadi matapelajaran wajib bagi peperiksaan di peringkat sekolah rendah dan hanya diajar sebagai syarat sahaja. Ada sesetengah ibubapa yang sanggup mengenepikan pendidikan Fardu Ain dan Al-Quran semata-mata untuk membolehkan anak-anak mereka menumpukan perhatian kepada tuisyen akademik. Bila keadaan ini berlaku, persoalannya bagaimanakah kita boleh membentuk anak-anak kita menjadi insan yang mulia?

Kejayaan dalam pelajaran belum tentu menjadi tiket untuk kita berjaya dalam hidup dan boleh menjadi hamba kepada Maha Pencipta dan anak yang baik. Kejayaan dalam pelajaran biasanya dikaitkan dengan kerjaya yang bagus dan sudah tentu tidak dapat lari dari kesibukan. Pernahkah kita dengar atau lihat apabila anak-anak yang berjawatan besar mengabaikan ibubapa mereka yang telah tua ataupun sanggup menghantar ibubapa masing-masing ke Rumah-rumah Kebajikan kerana tidak mampu menjaga akibat urusan mereka yang terlalu sibuk? Kesibukan anak-anak yang berkerjaya juga sering menjadi punca pertelagahan di kalangan mereka tentang siapa yang sepatutnya menjaga ibubapa yang telah tua dan uzur itu.

06 August 2011

Masyaallah... Aku Sudah Terlalu Jauh Ketinggalan…

Pada malam 2 Ogos 2011, lepas sembahyang terawih di masjid yang selalu aku kunjungi, seperti biasa aku ke satu sudut mengambil al-Quran dan ingin membacanya. Baru sahaja aku duduk, aku didatangi oleh seseorang, sahabat lama tapi tidaklah rapat. Beliau juga memegang senaskah al-Quran. Beliau lalu bertanya, “Kau pernah masuk tilawah al-Quran kan?” Lalu aku jawab, “Ya. Kenapa”. Mulanya aku tidak dapat menangkap maksud soalan itu memandangkan kami pernah sama-sama menyertai tilawah suatu ketika dulu, mustahil beliau sengaja bertanya soalan yang beliau sudah tahu jawapannya. Lalu beliau terus menyambung, “Kalau begitu tentulah kau ni pandai baca al-Quran bukan?”. Aku membalas, “Tidaklah pandai, cukup untuk bekalan bagi diri sendiri”. Beliau terus menambah, “Kau faham tak makna ayat-ayat al-Quran yang kau baca tu?”. “Tahu la sikit-sikit. Biasanya ayat-ayat yang selalu dibaca dan perkataan-perkataan yang sinonim dengan Bahasa Melayu”. Aku menjawab secara jujur.