Korea
Utara pada hari Isnin menafikan bulat-bulat apa-apa kaitan dengan tiga drone
yang terhempas di Selatan, dan menuduh Seoul "mereka-reka" kaitan
tersebut dalam usaha untuk memburuk-burukkan Pyongyang.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata minggu lepas, ia yakin bahawa tiga pesawat tanpa pemandu udara (UAV) yang diperolehi dalam beberapa minggu kebelakangan ini berasal dari Korea Utara.