06 April 2014

Pencarian MH370 Dipertingkat Untuk Jejaki Isyarat

PERTH, 6 April (Bernama) -- Usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi dipertingkat pada Ahad, hari ke-30 operasi, bagi menjejaki isyarat yang dikesan oleh sebuah kapal China semalam.

Menurut kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), sebanyak 10 pesawat tentera, dua pesawat awam dan 13 kapal dikerah dalam misi pencarian MH370 hari ini.

Kapal Ocean Shield Australia Juga Kesan Isyarat

PERTH, 6 April (Bernama) - Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan satu isyarat ketika menyertai operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi pada Ahad.

Perkembangan terbaharu ini menyusuli dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik yang dikesan 36 jam lalu dan pada petang Sabtu oleh kapal China, Haixun 01.

Kapal China yang mencari pesawat MH370 kesan isyarat

BEIJING (Reuters) - Sebuah kapal peronda China yang mencari pesawat Malaysia MH370 yang hilang mengesan isyarat dengan frekuensi 37.5 kHz sesaat di Lautan Hindi pada hari Sabtu, agensi berita Xinhua melaporkan.

Frekuensi 37.5 kHz sesaat adalah frekuensi standard antarabangsa terkini bagi beacon pencari di dalam air pada "kotak hitam" pesawat itu.

Satu pengesan kotak hitam digunakan oleh kapal Haixun 01 yang mengesan isyarat pada sekitar 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur, kata Xinhua. Ia masih belum disahkan sama ada ia berkaitan dengan pesawat yang hilang.

MH370 - Malaysia akan lantik 'Ketua Penyiasat' bebas

Sabtu, 5 April 2014:

Ringkasan Sidang Akhbar oleh Hishamuddin Hussein

-       Malaysia akan terus mengetuai usaha SAR dan juga akan melantik 'Ketua Penyiasat' bebas untuk memimpin sebuah pasukan siasatan, seperti peruntukan ICAO.

Pesakit Strok Dengar Doktor Bincang Pendermaan Organnya

5 April 2014 - Seorang lelaki Sweden yang lumpuh akibat strok teruk telah memfailkan aduan terhadap hospital yang merawatnya kerana dia mendakwa dia boleh mendengar doktor membincangkan sama ada untuk menderma organ sebelum mereka memberi bius untuk menidurkannya.